Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Ahad, September 28, 2014

TELEGRAM TELAH MENGGANTIKAN TEMPAT WHATSAPP BAGI GROUP UMRAH PERSENDIRIAN

UMRAH PERSENDIRIAN

Di kemaskini: 1 mei 2015
Sememangnya ramai rakyat Malaysia yang telah menunai umrah cara persendirian atau umrah tidak mengikut pakej dari mana-mana travel agen cuma tidak di ketahui umum atau dengan kata lain, pengetahuan tentang cara ini tidak tersebar luas. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej TA di samping faktor kepuasan lainnya.
Wujudnya group whatapps atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload pada 31 ogos 2014 telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua hari sahaja UP whatsapp tersebut telah mencapai tahap maksima bil ahlinya (padamasa itu maksima ialah 50 ahli  ~kini ialah 100 ahli). "Umrah Persendirian G2" di tambah bagi menampung jumlah yang terus meningkat. Walau bagaimanapun G2 juga akan mencapai jumlah maksima dalam masa yg singkat.

Ahli UP yang sedia ada telah mengadakan satu pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, mereka membawa bersama pasangan dan juga anak-anak.

Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.

Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan media “telegram” tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya asalnya. Telegrem sememangnya tidak popular dan tidak mesra pengguna masa ini tetapi ia dapat menampung jumlah ahli sehingga 200 orang bagi setiap group. Telegram akan di minati di masa akan datang, insyaallah.
icon telegram


Icon2 Telegram







TECHNOLOGY

Telegram vs Whatsapp – 

Best Free Instant Message







Telegram V$ Whatsapp


Di sebabkan kelebihan telegram berbanding dengan appl lain, maka group telah menerima penggunaan appl telegram sebagai perantaraan untuk perbincanag.

Jika anda pembaca semua berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat beragama Islam serta berumur 18 tahun ke atas bolehlah menghantar email menyatakan hajat itu kepada email : umrahsenang@gmail.com
atau
menghubungi melalui telegram melalui username
1. @umrahpersendirian
2. @freetollup

Sekian terima kasih

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian